Blog Kolej Unikop ini merupakan blog Peribadi Puan Sha iaitu Salah Seorang Kakitangan Bahagian Akademik Kolej Unikop. Blog disediakan bertujuan memberi informasi tentang pengambilan pelajar, peluang, kejayaan, halatuju lepasan sekolah, tips-tips atau apa juga perkara berkaitan pendidikan selepas sekolah menengah. Semoga sama-sama dapat memanfaatkan blog ini

Rabu, 30 Mei 2012

Tokoh Idola :Wan Nazri Wan Aria - Bekas Pelajar UiTM

Bekas Pelajar UiTM Lakar Sejarah Di Mekah


Menara Jam di Makkah Punyai Sentuhan Anak Malaysia

MEKAH 16 Okt. – Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ”sentuhan anak Malaysia”.


Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.

Katanya, menara itu memerlukan ”lightweight steel structure” untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu.

Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah.

Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

"Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London", kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.
 – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan