Kolej Unikop merupakan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia. Kolej Unikop menawarkan program peringkat Pra Diploma dan Diploma bagi program akademik Usahasama dengan UiTM (Universiti Teknologi MARA) di Kolej Unikop Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) manakala program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Jumaat, 18 Mac 2011

MENGAPA PERLU MEMILIH PROGRAM USAHASAMA UNIVERSITI/IPTA DAN BUKAN PROGRAM SENDIRI

Bertemu semula...

Keputusan SPM bakal diumumkan minggu depan (23/3/2011) dan tentunya pada saat ini bakal penerima keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2010 telah menerima pelbagai surat tawaran dari pelbagai institusi atau terbaca iklan di dada akhbar atau dimana-mana tentang pelbagai program Sijil dan Diploma..

Adalah penting untuk anda tidak terlalu ghairah mengejar dan ingin belajar dalam program Sijil /Diploma (Akademik) yang TIDAK ADA usahasama/mendapat kelulusan dari IPTA (program Sijil/Diploma yang dikeluarkan oleh Institusi Tersebut Sendiri(IPTS))... Memanglah syarat sesetengah IPTS agak mudah dan menyebabkan anda merasa teruja namun perlu diambil perhatian bahawa Sijil/Diploma yang dikeluarkan oleh IPTS tersebut sendiri tidak memungkinkan ANDA berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah di IPTA ...Apa maksudnya di sini?

Begini... Contohnya Anda belajar Program Diploma Sains Di Kolej Unikop KL. Program tersebut adalah usahasama dengan UiTM. Setelah selesai dan mendapat kelulusan Diploma nanti..jika C.G.P.A anda memenuhi syarat minima gred yang ditetapkan..anda berpeluang melanjutkan pelajaran di UiTM/UTM/USM/UKM pada peringkat ijazah sarjana muda... anda berpeluang menjejakkan kaki ke Universiti-universiti tersebut...

Sebaliknya jika anda mendapat Diploma yang dikeluarkan sendiri contohnya dari Kolej XYZ... Anda tidak akan diterima masuk ke Universiti Tempatan (UiTM/UTM/USM/UKM) tetapi anda masih boleh memilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Swasta yang mana tentunya apa yang berbeza adalah dari segi yuran kos pengajian....

Oleh yang demikian, jika anda mempunyai syarat minima yang diperlukan ...lebih baik menyambung pengajian di IPTS yang ada program usahasama dengan Universiti Awam(IPTA) dan bukan dengan IPTS yang mengeluarkan sijil sendiri...

Apa lagi ..semak semak semak...

CTNORNABILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan