Blog mengenai Kolej Unikop ini merupakan blog Peribadi Puan Sha iaitu salah seorang Kakitangan Bahagian Akademik Kolej Unikop. Blog disediakan bertujuan memberi informasi tentang pengambilan pelajar, peluang, kejayaan, halatuju lepasan sekolah, tips-tips atau apa juga perkara berkaitan pendidikan selepas sekolah menengah. Semoga sama-sama dapat memanfaatkan blog ini

Sabtu, 12 Mac 2011

Ingatan/Panduan Untuk Lepasan SPM/STPM

Assalamualaikum...

Sedih apabila terbaca di dada akhbar atau coretan di forum/blog serta berita di TV kisah bakal pelajar yang ditipu oleh institusi pendidikan.... kebiasaannya oleh kolej yang kononnya menawarkan program-program tertentu...meminta bayaran...tetapi setelah pelajar mendaftar macam-macam masalah timbul...pinjaman , kursus tak diiktiraf, asrama tak cukup/tiada..dll...

So untuk ibubapa dan pelajar yang berkobar-kobar nak hantar anak belajar..mohon ambil perhatian kepada perkara-perkaraberikut:

1. Pastikan program/kursus yang ditawarkan oleh IPTS/kemahiran Wujud dan diiktiraf kerajaan...

Contoh jika Pusat/IPTS tersebut mengaku buat usahasama dengan Universiti tertentu atau jabatan tertentu...SEMAK KESAHIHAN dengan U/Jabatan tersebut.....Biarlah keluar duit sikit ...untuk telefon daripada terkena nanti

2. Pastikan Pusat/Kolej tersebut betul2 wujud dan berdaftar...

Semak dengan Jabatan Pelajaran/Kementerian Pendidikan/Jabatan yang tawarkan usahasama

3. Jika dimaklumkan ada pinjaman pelajaran...semak pula dengan Jabatan/Agensi Pemberi DAna Pinjaman...

4. Kalau ada kawan,sedara mara atau kenalan... berhampiran Kolej tersebut...mohon jenguk2 dan tengok...betul tak tempat tuh wujud...prasarana macam mana...kemudahan dll

5. Pilihah kursus yang anda suka dan potensi kerjayanya luas...jangan main ikut2 kawan dan dengar2 cakap orang... dan yang penting ikut kelayakan anda...jangan pula dah tahu syarat kemasukan begitu begini...dan tak layak...nak cuba2 juga...bazirkan masa dan tenaga anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan