Kolej Unikop merupakan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia. Kolej Unikop menawarkan program peringkat Pra Diploma dan Diploma bagi program akademik Usahasama dengan UiTM (Universiti Teknologi MARA) di Kolej Unikop Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) manakala program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Jumaat, 15 Jun 2012

PROGRAM DIPLOMA SISTEM KOMPUTER

Diploma Sistem Komputer merupakan program diperingkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang PERTAMA ditawarkan di Kolej Unikop Cawangan Melaka . Kelulusan diperolehi dari JPK(Jabatan Pembangunan Kemahiran) , Kementerian Sumber Manusia adalah sejak Ogos 2011. Kod Program untuk Program Sistem Komputer ialah IT- 020

Tempoh Keseluruhan Latihan Untuk Diploma Sistem Komputer adalah seperti berikut:

SKM Tahap 2 - 6 bulan
SKM Tahap 3 - 12 bulan
DKM Tahap 4- 15 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri)

Syarat Kelayakan Masuk Program Diploma Sistem Komputer

SKM Tahap 2 - Kelayakan Masuk : Lepasan SPM yang memiliki 4 M (Minat, Mampu Membaca,Menulis,Mengira)

SKM Tahap 3 -  Kelayakan Masuk : SKM Tahap 2

DKM Tahap 4- Kelayakan Masuk : SKM Tahap 3


Sinopsis Kursus Sistem Komputer

Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosan imej, pembangunan dan pengenalan dan pengelasan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaik pulih dan mengenalpasti permasalahan berkaitan perisian, perkakasan, sistem dan rangkaian komputer.

Silibus Kursus / Modul latihan

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (IT 020-2)
 Modul 1 - Hardware Installation·
 Modul 2 - Software installation·
 Modul 3 - Hardware Upgrade·
 Modul 4 - Software Upgrade·
 Modul 5 - Hardware Maintenance (Preventive)·
 Modul 6 - Software Maintenance (Preventive)·
 Modul 7 - Hardware Maintenance (Corrective)·
 Modul 8 – Network Installation / Connectivity·


Matapelajaran Tambahan IT 020-2
Core Ability Tahap 1 & 2
Fardhu Ain Tahap 2
Kemahiran Insaniah Tahap 2
Ms Excel

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (IT 020-3)
 Modul 1 - Department Policy·
 Modul 2 - Site Preparation·
 Modul 3 - Operationg System Configuration·
 Modul 4 - Computer Networking·
 Modul 5 - Monitoring Hardware· & Software Component
 Modul 6 - On-Line Support Service·
 Modul 7 - On-Site Support Service·
 Modul 8 - Staff performance·
 Modul 9 – Contigency Measures·

Matapelajaran Tambahan IT 020-3
Core Ability Tahap 3
Fardhu Ain Tahap 3
Kemahiran Insaniah Tahap 3
Keusahawanan


Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (IT 020-4)
 Modul 1 - Standard Operating Procedure·
 Modul 2 - Operating System Administration·
 Modul 3 - Storage Management·
 Modul 4 - Contigency Management·
 Modul 5 - Communication Management·
 Modul 6 - Asset Procurement Management·

Matapelajaran Tambahan IT 020-4
Core Ability Tahap 4
Pendidikan Moral
Pengajian Malaysia
Pendidikan Islam

Kemudahan Latihan Yang Disediakan
• Internet (WIFI)
• Makmal Penyelenggaraan Komputer dan Rangkaian
• Bilik Kuliah Berhawa Dingin

Peluang Kerjaya Masa Depan

Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti menyelenggara komputer, membangunkan rangkaian komputer, penghasilan Imej dan pemprosesan perkataan. Selari dengan perkembangan Multimedia Super Corridor (MSC) pelatih dalam bidang ini tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang baik sejajar dengan pembangunan peranti-peranti terkini dan pembangunan perisian. Peringkat tertinggi dalam bidang ini pelatih boleh menjadi seorang arkitek komputer.

Keistimewaan di Kolej Unikop Cawangan Melaka

1. Kemudahan Penginapan ASRAMA PERCUMA sepanjang tempoh pengajian
2.  Pinjaman Pelajaran dari PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran), Kementerian Sumber Manusia . Pembiayaan adalah termasuk yuran pengajian kursus dan elaun saradiri RM 300.00 sebulan.
3.   Tiada kos tambahan dikenakan untuk matapelajaran tambahan yang diajar .Semuanya disediakan PERCUMA/berpakej dengan tahap program yang ditawarkan.
4.   Sistem pembelajaran yang berkualiti dan teratur serta menggunakan perisian komputer terkini mengikut peredaran semasa.
5.  Kolej Unikop Cawangan Melaka telah terpilih sebagai salah sebuah dari 4 Pusat Latihan Kemahiran Terbaik untuk program Sistem Komputer ini semasa audit MQA yang dibuat oleh JPK pada tahun 2010

2 ulasan:

  1. mcm mne dgn peratusan utk lulus bape pratus amali bape pratus teori

    BalasPadam
  2. Semua program dibawah JPK samaada SKM atau DKM ini 70% amali dan 30% teori.

    BalasPadam