Kolej Unikop merupakan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia. Kolej Unikop menawarkan program peringkat Pra Diploma dan Diploma bagi program akademik Usahasama dengan UiTM (Universiti Teknologi MARA) di Kolej Unikop Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) manakala program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Khamis, 6 Januari 2011

KELEBIHAN BELAJAR DI KOLEJ UNIKOP

Terdapat pelbagai  keistimewaan sekiranya anda belajar di Kolej Unikop :

1. Sijil yang dikeluarkan oleh Kolej Unikop adalah diiktiraf kerajaan kerana ianya dipersijilkan oleh UiTM  bagi Program Akademik di KUKL dan oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia) bagi program kemahiran/vokasional di Kolej Unikop Cawangan Melaka. 
Jadi... anda tak perlu risau mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi atau mendapat peluang kerjaya samaada dalam sektor awam atau swasta. Anda boleh layari laman web UiTM atau untuk program JPK dan taipkan nama dalam carian pusat bertauliah " Kolej Unikop Cawangan Melaka"


Ini sijil terdahulu...tak sempat nak scan dan letak sijil terkini kat sini....dont worry memang semua sijil yang ditawarkan di Unikop Melaka masih sah aktif...tak percaya ? telefon JPK untuk pengesahan atau klik JPK




2. Kakitangan dan Tenaga Pengajar berilmu,berkualiti dan berkelayakan
Kejayaan anda dalam bidang pendidikan terjamin melalui kawalan mutu kerja dan pembelajaran yang sering dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh JPK. Anda juga boleh rujuk ke JPK tentang kenyataan ini.

3.  Kolej Unikop Kuala Lumpur telah menerima anugerah-anugerah seperti berikut :
     a) Piala Kolej Bersekutu Terbaik 2007 Hari Kecemerlangan Fakulti Perakaunan 
     b)Piala Pusingan UiTM Peratus Tertinggi Anugerah Dekan Kolej Bersekutu 
     c)Piala Pelajar Terbaik Seluruh Kolej Hari Kecemerlangan Akademik 2009 Fakulti Perakaunan UiTM
     Manakala untuk Kolej Unikop Melaka pula telah terpilih sebagai salah satu daripada Pusat Bertauliah      Terbaik yang ada di Semenanjung Malaysia. Sila rujuk JPK bahagian MOSQ  (Cyberjaya) tentang perkara ini.

4.Kemudahan pembelajaran setempat /satu kawasan. 
Pejabat pentadbiran, pejabat pendaftaran /kewangan, bilik kuliah/bengkel/makmal, asrama siswa siswi , surau, padang/kawasan beriadah ,kafeteria/dewan makan dan lain-lain .

5. Yuran pengajian bagi program Diploma UiTM ditanggung sepenuhnya (Bukan PINJAMAN , tetapi TAJAAN yang TIDAK memerlukan anda membuat BAYARAN semula sekiranya ANDA LULUS dengan jayanya DIPLOMA anda) . Anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran pada tiap2 awal semester sahaja yang jumlahnya kurang dari RM 800.00 ( Mengejutkan bukan... di sesetengah Kolej swasta anda terpaksa membayar berpuluh-puluh ribu ringgit untuk pengajian peringkat DIPLOMA ...FIKIR2lah) . Manakala yuran pengajian di Kolej Unikop Cawangan Melaka adalah antara yang termurah dan CUKUP ditampung dengan membuat pinjaman PTPK(Pinjaman Tabung Kemahiran Kerajaan) sahaja . Yuran pendaftaran di Kolej Unikop Cawangan Melaka pula hanyalah antara RM 170-RM350 sahaja.

6.Kedudukan Kolej dalam taman, berpagar, ada pengawasan pengawal keselamatan, warden dan pegawai Hal ehwal pelajar dan  peraturan Kolej.

7. Kedudukan kolej dalam kawasan taman berhampiran dengan jalan utama , klinik kesihatan, kedai makan, bank dan macam-macam lagi. 

8. Jika anda belajar di Kolej Unikop selain ilmu dalam bidang yang ambil anda dapat, anda juga diberi pendedahan ilmu kepimpinan,  kemasyarakatan, keagamaan/kerohanian dan KERJAYA masa depan... semuanya PERCUMA ....disediakan khusus untuk pelajar....

 Banyak lagi keistimewaan Kolej Unikop... Hadir sendiri ke lokasi kami untuk mengetahui keistimewaan yang dinyatakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan