Kolej Unikop merupakan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia. Kolej Unikop menawarkan program peringkat Pra Diploma dan Diploma bagi program akademik Usahasama dengan UiTM (Universiti Teknologi MARA) di Kolej Unikop Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) manakala program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Selasa, 10 Januari 2012

Kelayakan Minima UPSR/SRP/PMR/ SPM boleh belajar Sijil Kemahiran Malaysia?

Ya... semua orang boleh belajar dan mendapat pengiktirafan dalam pendidikan... Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) memberikan peluang kepada lepasan UPSR/SRP/PMR/PMR yang berminat program Kemahiran dan BUKAN AKADEMIK untuk meningkatkan harga diri , meningkatkan martabat Sijil Anda disamping menambah kemahiran anda yang boleh menjamin MASA DEPAN anda dalam KERJAYA pada masa akan datang.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa syarat umum untuk mengikut program Sijil Kemahiran Malaysia ini adalah 4 M ...apa itu 4 M ? MINAT , MAMPU MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA . Jadi jika anda mempunyai kelayakan tersebut tidak ada sebab anda tidak sambung belajar.... dan merealisasikan impian anda

Tidak ramai yang sedar bahawa berbekalkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2... seseorang mampu memperolehi pendapatan setanding dengan pemegang ijazah akademik (RM 1600 keatas) ...melalui sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja pada lokasi atau tempat2 tertentu... Ini semua kerana Kemahiran dapat MENJAMIN KERJAYA anda...

Mengapa hal ini berlaku ?
1. Sistem pembelajaran Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang 70% berorientasi praktikal dan 30% teori mendidik dan melatih pelajar kerja sebenar ..
2. Syarikat/industri tak payah pening2 kepala sangat nak train pelajar-pelajar berbanding jika sekadar teori lebih banyak dari praktikal


Artikel lain berkaitan yang mungkin menarik minat anda :

1. TAMAT darjah 6/ GAGAL PMR peluang untuk dapatkan SKM

2. KISAH BENAR PENDAPATAN LUMAYAN LULUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan